Reka Bentuk Minimalis
Reka bentuk yang bersih dan minimalis, tiada gangguan, fokus pada hafalan dan bacaan surah Al-Mulk.
Satu hari satu ayat. Mulakan hafazan anda dengan aplikasi Al-Mulk yang direka khas supaya anda lebih fokus ketika menghafal. Jadikan solat terawih anda tahun ini lebih indah dengan bacaan surah Al-Mulk
Reka bentuk yang bersih dan minimalis, tiada gangguan, fokus pada hafalan dan bacaan surah Al-Mulk.
Font mushaf yang berkualiti (Uthman Taha / Scheherazade) dengan kawalan pembesaran font ikut kesesuaian.
Audio per-ayat, kawalan ulang pintar (20× → 30× → 40×) untuk setiap audio. Memudahkan anda menghafal satu atau dua ayat sehari guna kaedah dengar ulang-ulang.
Feature Terjemahan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sudah tersedia, tapi jika anda mahu lebih fokus, fungsi ini boleh ditutup.
Tiada iklan, tiada pengurusan string, tiada kawalan pihak ketiga. Percuma digunakan buat selama-lamanya InsyaAllah.
Tarikh Kuat Kuasa: 22 Disember 2025
mysmolapps ("kami") membina aplikasi Al-Mulk App sebagai aplikasi Percuma. Perkhidmatan ini disediakan oleh mysmolapps tanpa sebarang kos dan bertujuan untuk digunakan seadanya.
Untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik, aplikasi ini direka dengan mengutamakan privasi anda:
Aplikasi ini menggunakan AVAudioPlayer untuk memainkan audio ayat demi ayat. Fail audio ini disertakan di dalam aplikasi dan tidak memerlukan sebarang penstriman luar yang menjejak data penggunaan anda.
Jika anda memilih untuk menggunakan borang maklum balas di dalam aplikasi, maklumat tersebut dihantar terus melalui aplikasi Emel sistem peranti anda.
Kami menghargai kepercayaan anda dalam menggunakan aplikasi ini. Oleh kerana aplikasi ini berfungsi sepenuhnya secara luar talian (offline) dan tidak mengumpul data, risiko keselamatan data anda adalah sangat rendah.
Aplikasi ini tidak mengumpul sebarang maklumat daripada kanak-kanak dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur.
Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk sebarang perubahan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan mengenai Dasar Privasi kami, sila hubungi kami melalui borang maklum balas di dalam aplikasi.